Senario hari ini menyaksikan ramai golongan wanita menuntut hak kerana berasa hak mereka diabaikan. Realitinya ramai wanita dinafikan haknya oleh suami. Oleh itu kepada para suami, hendaklah memahami hak isteri sebagaimana anda mahukan hak anda dipenuhi.
- Pergaulan yang baik
Imam At-Tabrani ketika mentakwilkan ayat ini mengemukakan beberapa riwayat daripada sebahagian ulama’ yang mengatakan;
“Dan mereka (wanita) mempunyai hak untuk ditemani dengan baik dan dipergauli dengan cara yang makruf (baik) oleh suami mereka, sebagaimana mereka berkewajipan mentaati suami dalam hal-hal yang telah diwajibkan Allah ke atas mereka.
- Tunaikanlah nafkah.
Ad-Dhahak pula menyatakan,
“Apabila mereka (wanita) taat kepada Allah dan taat kepada suami, maka suami wajib memperlakukannya dengan baik dan tidak boleh menyakitinya dan harus memberikan nafkah sesuai dengan kemampuannya.” - Takut dengan Allah.
-Ibnu Zaid pula menasihatkan;
“Hendaklah mereka (para suami) takut kepada Allah mengenai urusan mereka (para isteri) sebagaimana para isteri harus takut kepada Allah mengenai urusan suami.”
“Aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana aku suka dia berhias untukku, kerana Allah yang Maha Tinggi sebutan-Nya berfirman,
“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf.”
Oleh itu jangan biarkan nafsu mengusai dirimu untuk menzalimi isteri jika dia begitu mentaati perintah baik suami. Kemuliaan suami yang diciptakan Allah lebih tinggi darjat dan lebih berkuasa dari isteri hendaklah dipergunakan sebaiknya kerana ia merupakan suatu amanah besar yang tidak boleh diabaikan selaku ketua keluarga. Peringatan ini terkandung di dalam firman-Nya:
“Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (An-Nisa: 34)
Ibnu Katsir ketika menghuraikan ayat ini berkata,
“Apabila seorang isteri telah mentaati semua keinginan suami yang dibolehkan syariat, tidak ada alas an bagi suami untuk menghukum isterinya setelah itu dan dia tidak boleh memukul dan mengasingkannya.”
Justru wahai para suami layanilah isterimu dengan sebaik-baik akhlak. Fahamilah tabiat dan fitrah kejadian mereka. Wanita itu asal kejadiannya diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk Nabi Adam a.s yang bengkok. Serba lemah dan keadaannya kurang darisegi agama dan akalnya. Jadi lenturlah dengan penuh sopan dan bersabar supaya tulang yang bengkok dapat ditegakkan perlahan lahan di dalam keadaan cantik.
Wallahu a’lam.